-->

Kita Mungkin Sama tapi Tak Serupa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,





Sedang aku prepare breakfast untuk Damia, tiba-tiba dia tanya kenapa tak boleh pegang anjing. Sebab kawan-kawan dia muslim yang lain boleh main main dengan anjing. Kawan dia muslim dari Turkey, Azerbaijan, Egypt dan Turkmenistan.

Payah jugak soalan ni..jenuh nak menjawab. Fikir lepas tu nak translate pada English plak bagi dia senang faham. Kalau kat Malaysia kan senang ada KAFA, Ustazah boleh terangkan dengan mudah.

Tapi masalah berbeza mazhab ni payah sket nak bagi budak-budak faham. Pegawai sini cakap kalau dari Azerbaijan, kebanyakanya Syiah..ah sudah.

So aku citerla dekat dia tentang ada 4 imam. Imam Syafie berbeza dengan Imam Hanafi tentang hukum pegang anjing. Turki majoritinya mazhab Hanafi. 

Dia tanya lagi " Why we cannot touch dog again?..senang je aku jawab sebab ada GERMS hehe

Suatu lagi kisah ingin dikongsi tentang seorang kawan aku yang melanjutkan pelajaran di Jepun. Ada pertukaran pelajar dari Turki. Kawan bujang, teruja la ada jejaka kacak dari Turki untuk di buat calon.

Sekali bila sensei tanya muslim atau tidak? Dia cakap muslim. 
Arak minum tak? Dia cakap minum cuma babi je tak makan.

Terus kawan aku reject haha. Biasala kan,kat mana-mana pun banyak even di Malaysia. Islam hanya pada nama.


Teringat jugak aku masa perjalanan balik ke Malaysia transit di Doha Qatar. Ada pelancong Arab duduk di belakang kami. Isterinya bertudung labuh, nampak mata sahaja.

Tiba-tiba dia panggil pramugari untuk mintak wine. Lepas beberapa minit, dia mintak lagi sebab pramugari tadi tak hantar pun. Sampai kali ketiga,baru pramugari tu hantar. Pramugari tu pulak yang remind dia, "This is an alcohalic drink, sir" 2 3 kali juga dia ulang sebab nak confirmkan.

Dia jawab "its ok". "its ok" Sambil minum. Lepas tu mintak tambah lagi. haha adui macam macam la perangai manusia ni.

Damia pun ada juga mengadu kawan dia di sekolah menuduh Islam ni terorist. Islam is the cause of bombing. Marah dia kat kawan dia.

Aku ajarla kat dia suruh jawab macam ni "Islam is not terrorist, Terrorist have no religion"
Payah jugak kalau sekolah mat saleh ni. 

Tapi tak semua la perangai macam tu. Walaupun American school, tapi ada sekali tu, Damia ada belajar tentang Puasa dan Ramadan. Damia siap kena explain pada kelas tentang term-term yang kelas diaorang tak faham. Teacher dia memang open minded la. Even nak pakai tudung pun boleh sekolah tu, memang tiada halangan. 



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Kita Mungkin Sama tapi Tak Serupa"

Catat Komen

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar