-->

Sihat itu REZEKI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,




Ahad lepas saya sempat berjogging dengan rakan sekolah dulu, lama dah tak jumpa. Tapi bila tengok di  Strava, dia rajin berlari dan pace 5 pulak tu.

Tu yang terus ajak nak jogging sekali. Jogging pun dekat je dengan rumah, area masjid Putra. 5 minit je dari rumah.

Dia lari kaki macam ada spring. Selamba je 8KM, saya bila lari dengan dia , kena kejar pace dia. Memang cungap jugak la bila dah habis tu. Tapi pecah rekod terus saya. Biasa lari pace 7 , lari dengan dia terus pace 6. Terbaik

Saya pelik sebenarnya, sebab masa sekolah dulu dia bukan atlit pun. Memang rajin study dan mat scorer.

Terus  tanya apa yang menyebabkan dia untuk aktif berlari. Dia jawab sebab dia dah lah rendah chubby plak. So dia nak nampat fit. Nak tergelak pun ada dengar alasan dia.

Tapi dia dah start 3 tahun lepas, nampak fit dan memang laju alhamdulillah.

Kadang-kadang kita perlukan turning point atau peristiwa untuk kita nekad  berubah.  Pengalaman saya pula ialah sebab muntah-muntah masa bercuti di London. Terus nekad untuk masuk gym dan workout.

Sebenarnya dulu lagi ex bos suruh register gym, tapi tak pernah ambil endah. Masa belajar pun ada pergi gym , itu pun suka-suka je. Main belasah je, main dumbell je nak besarkan bicep. Lawak betul.

Kalau saya tahu workout dan berlari ni best dah lama saya pergi gym. Semua start bila dah kerja. Terus slow untuk bersenam. Kalau ada pun main futsal la baru keluar peluh.

Itu pun pancit. Bila habis main terus sakit satu badan. Selalunya bila habis game futsal akan tekad nak  jogging untuk tambah stamina bila main futsal lagi. Jarang sangat joggingnya. Makan pun tak jaga. Minuman manis pun belasah. Macam mana nak fit.

Sekarang alhamdulillah, insaf dah. Selalu post di FB update tentang workout di gym. Bukannya nak show off ke apa. Tapi nak memberi ilham /inspirasi/ turning point untuk rakan-rakan yang lain.

Kita tak tahu ada rakan-rakan fb yang termotivasi dengan post kita. Kena istiqomah. Kalau kita giveup, nanti orang lain pun giveup juga.


Saya pun sentiasa sematkan dalam hati, duit boleh cari. Kalau dah start sakit nanti, duit banyak pun tidak bermakna.

Sihat itu pun rezeki juga.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Sihat itu REZEKI"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar