-->

Buat Youtube Video Pun Kena Maki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Betullah orang cakap nak buat duit online bukan senang. Ada macam cabaran nak buat dengan video di Youtube ni, dengan nak cukupkan view 4ribu hoursnya dengan nak dapatkan 1000 subscribernya.

Terbaru kena maki pun ada, haha. Sabar je la.




Menggunakan software online Invideo memang mudah nak buat video ni. Itu sebab sekarang memang laju je upload kat Youtube.

Saya suka promosi produk affiliate dari IKR dan Klikjer. Dalam masa yang sama sambil promote produk sambil kumpul subscriber dan view. Orang kata sambil menyelam minum air la kiranya.

Video yang kena maki tu ialah video promosi untuk produk IKR iaitu Soalan Rujukan Pembantu AntiDadah untuk exam online. Contoh percuma ada je, tapi kalau nak detail berserta tips memangla kena beli.

Tim IKR pun buat soalan bukan semalam, dah 10 tahun. Upah orang untuk buat contoh soalan online lagi, semua ada kos. Macam kita nak ambil peperiksaan SPM dan PT3 la dulu, kan kena beli buku rujukan dan soalan latih tubi.

Bukan satu kita beli, malah lebih lagi semata-mata untuk lulus peperiksaan. Kalau dulu boleh beli kenapa sekarang nak marah pulak. Bukannya saya paksa pun hehe #donebebel



Sekarang ni memang saya fokus untuk buat video di Youtube untuk naikkan ranking blog memandangkan keyword kerjaya memang susah nak lawan. So kita usahakan dengan menggunakan video Youtube pulak hehe.

Sebab otai-otai IKR dah beribu artikel tentang kerjaya SPA dan exam online ini. So kita kena konarla ikut lain plak. Kalau lawan artikel memang tak tercapai akalmu. hehe.

Semoga dipermudahkan urusan.. Amin.


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Buat Youtube Video Pun Kena Maki"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar