Bazar Ramadan Online ? No Problem

Kemungkinan besar bazar Ramadan di seluruh Malaysia akan dibatalkan.



Pilihan yang tinggal adalah Bazar Ramadan Online.


1. Peniaga upload gambar produk & harga
2. Pembeli pilih & buat bayaran
3. Peniaga uruskan penghantaran


1. Nak upload & promosi di mana?


Semua platform online yang ada. Media sosial, whatsapp & website. Boleh share dalam group Facebook, group whatsapp jiran & rakan sekerja.


2. Nak terima bayaran macam mana?


Minta pembeli transfer online atau bayar semasa barang diterima (COD).
Nak selamat, hanya pastikan order yang dibayar sahaja akan disediakan.


3. Nak hantar order macam mana?


Buka order sehari lebih awal atau sehingga 2 pm sahaja. Letak sendiri cut off time untuk terima order. Sediakan makanan ikut order yang diterima sahaja.


Sudah siap, boleh susun trip penghantaran ikut kawasan, blok & sebagainya. Hantar sendiri, upah runner atau guna on demand delivery.


Ada cara ke nak mudahkan urusan terima order guna whatsapp?


Ya, ada. Boleh try guna servis Yezza supaya tak kelam-kabut nak terima order nanti.


1. Yezza akan memudahkan peniaga upload makanan yang dijual. Boleh jadi macam kedai online.


2. Pembeli pilih makanan & isi maklumat yang perlu.


3. Peniaga bagi link untuk pembeli buat bayaran online.


4. Pembeli boleh pilih nak order awal nak minta kita hantar hari apa.


5. Tiga empat hari selepas itu, boleh whatsapp/follow up lagi pembeli untuk repeat order. 


Database ada, apa yang pembeli order pun peniaga tahu.


Nak try guna Yezza?

Catat Komen

0 Ulasan