BAJET 2021 : Mampukah Akaun 1 KWSP Jadi Penyelamat

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Ramai yang menanti dengan penuh debar pengumuman dari Menteri Kewangan tentang Bajet 2021. Ada penjawat awam  yang menunggu tentang bonus, perokok tegar dan vape menunggu harga rokok /liquid naik atau tidak, ramai juga yang menunggu pengumuman bantuan yang kerajaan akan salurkan kepada mereka sama ada BSH. BPN atau BPR. 




Bajet 2021 amatlah kritikal sebab dengan Wabak Covid19 ramai yang hilang pekerjaan. Pelbagai industri lumpuh dari sektor pelancongan ke hiburan. Tahun ini ramai yang menanti tentang pengeluaran KWSP dari Akaun 1. 

Peruntukan untuk kementerian beratus juta, rakya tak ambil pusing sangat. Sebab mereka hanya fikir cara untuk survive di masa hadapan dengan atau tanpa bantauan kerajaan. Baik B40, M40 atau T20. Semua terjejas. 

Untuk mengetahui apa yang anda bakal terima dari Bajet 2021 ini anda boleh menjawab soalan mudah di SINI


Saya cuma nak share sedikit tentang Pengeluaran KWSP Akaun 1. Akaun yang tak boleh di sentuh melainkan anda sudah berumur 55 tahun atau sudah migrate ke luar negara. Akaun 1 untuk simpanan masa tua anda. 

Ramai juga yang cakap, kalau sempat tua la merasa. Tapi menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Teng Zafrul , 42% pencarum KWSP hanya mempunyai simpanan di Akaun 1 sebanyak RM5 Ribu atau kurang. 


Mungkin ramai yang berkerja sendiri atau masih baru dalam alam pekerjaan. 

So anda rasa bagaimana KWSP ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang terbeban. Kalau pengeluaran RM500 seperti i-Lestari, boleh lah bertahan selama 10 bulan. Kalau one off, tak tahu lagi yer berapa lama boleh bertahan.


Pengeluaran KWSP Akaun 2

Pengalaman saya sendiri yang baru mengeluarkan Akaun 2 untuk Deposit Rumah SelangorKu, bila dah dapat dalam jumlah yang besar memang cepat habis. Bayar deposit rumah, bayar hutang semua, shopping online sikit dalam Shopee. Memang duit mengalir macam air, tak tahu ke mana. Sedar-sedar dah habis. 

Kalau tak di kawal memang punah. Shopee dan Lazada pulak sekarang sedang promosi habis-habisan di media. Harga di Shopee memang murah cuma kena cari yang rating terbaik. Jangan tersasar, beli yang perlu sahaja. Awas...

Apa pun saya nak puji KWSP, cukup dokumen sahaja. Buat temujanji, bagi cap jari. 2 minggu lepas tu dah boleh dapat duit kita. Alhamdulillah. Even i- Lestari pun isi online, terus dah boleh masuk akaun bank. Pada saya KWSP dari dulu memang efisien. Ye la kan, satu Malaysia duit masuk ke KWSP. 

Kisah Uncle di Pejabat KWSP

Cuma  pastikan dalam Akaun 2 kita ada wang la. Semasa saya di pejabat KWSP untuk pengeluaran Akaun 2 deposit rumah, saya terdengar Uncle ni di beri penerangan oleh salah seorang customer service KWSP. Akak ni terangkan yang dalam akaun 2 dia dah takde duit, sebab tu duit dia tak masuk untuk i-Lestari.

Mungkin sebelum ini duit masuk RM500 setiap bulan, bulan tu tak masuk plak. Akak tu suruh tanya majikan dia samada ada buat caruman KWSP untuk bulan tersebut. Kesian pun ada. Nasib masing-masing. 

KWSP sekarang pun sedang melakukan kajian bagaimana memboleh kan pencarum yang layak sahaja boleh mengeluarkan duit mereka dari Akaun 1 yang akan di umumkan pada Januari 2021. Ini untuk memastikan mereka yang benar-benar terbeban sahaja, samaada hilang pekerjaan dan sebagainya. 

Seperti saya, ramai yang sudah buat pengeluaran untuk beli rumah atau bayar huang PTPTN, oleh itu tiada lagi wang dalam Akaun 2. Satu-satunya tabung yang tinggal adalah dalam Akaun 1. Saya berpendapat memang wajar jika wang tersebut di gunakan oleh mereka yang terjejas teruk untuk di gunakan bagi menampung perbelanjaan harian. 

Buat Bisnes Online

Pada masa yang sama, berusaha untuk mencari bisnes yang sesuai dengan minat mereka untuk jangka masa panjang. Ini kerana KWSP hanyalah penyelesaian sementara sahaja. 

Antaranya ada yang buat Grab, jual nasi lemak atau jual barang di online. Even ada Pilot dan Chef Hotel  yang jual nasi lemak dan laksa. Ini la rlaiti kehidupan di era Covid 19. Tiada apa yang mustahil. 

Saya ingin syorkan supaya gunakan wang KWSP untuk buat modal berniaga secara kecil-kecilan. Platform digital online sudah menjadi trend sekarang. Dengan 11.11, 12. 12 la, macam-macam promosi untuk menarik pelanggan. 

Jika anda ada produk dan ingin menjual di platform Shopee, bolehla dapatkan panduan untuk berniaga di shopee di sini. Promote di grup whatsapp dan facebook anda. 


Kepada yang pandai menulis boleh cuba untuk menulis dan yang suka buat video boleh juga menjadi Youtuber. Mana tahu boleh femes buat video masakan seperti Sugu Pavitra.

Tak semestinya video tentang masakan, cari idea yang lain dari yang lain. Yang penting dekat dengan diri anda. 

Jika anda minat menulis boleh cuba dengan buat blog dan affiliate. InsyaAllah pasti ada jalan. 

Semoga vaksin Covid-19 dapat dihasilkan dan kehidupan kembali seperti biasa. Tahun 2020 sudah di penghujung. Terasa sebentar sahaja, sebab banyak masa dihabiskan di rumah.

Semoga tahun 2021 akan lebih baik dan cemerlang. 






Catat Komen

0 Ulasan